Assalamualaikum.
Hai uolls! After a long time, here I am again! Rindu nak blogging, tapi malas nak taip. Ye, ini sejenis perangai seketui Gadis. Every single time 😌
Tapi pagi tadi I buka blog, banyak gila habuk. So I decide nak sedut sikit habuk tu hari ni. Hahaha alaaa awkward gila dah lama tak blogging 😂🔫
Okay entri kali ini pasal #KamiBuddies; favourite bae(s) since 2013. Alahai sayang betul kat diorang 4 ketui ni walaupun kadang-kadang (baca: selalu) menyampah 😝
Meh I share story pasal kitorang pergi vacation 2 days 1 night during study week. Sebab study during study week is too mainstream, kitorang pergi lah vacation. Allahu menyempat sangat kan. Ahaks 🙊
Kitorang pilih Perak as our destination. Kenapa? Sebab Perak best. Kot. #tahunmelawatperak2017 #menyahutseruankerajaan hewhew. #iloveperak tetiba 😆
Memandangkan vacation ini hanya 2 hari 1 malam, so takdelah banyak tempat sangat kitorang pergi. Meh I share tempat apa je yang kitorang sempat pergi.
Eh sebelum tu, meh I bagitahu siapa tulang belakang bagi menjayakan vacation ke Perak ni.
PM dan PC yang cari signboard tak sudah:
Zarith
Preptech merangkap dua ketui driver yang hambar:
Nunun & Aina
Speta yang always behave:
Nazziera
Pubpro yang function teruks:
Dila
Okay ini adalah list place:
1. Lumut
Lumut ialah bandar tepi pantai dan pintu masuk ke Pulau Pangkor. Kitorang pergi Lumut Water Front. Di sini ada Jeti Lumut, Bazar Lumut dan Pusat Kraftangan. Jeti Lumut boleh menghubungkan antara Lumut dan Pulau Pangkor. Kemudian, di Bazar Lumut ada banyak kedai. Satu yang I ingat Kedai Jeruk Pak Ali. Dalam banyak kedai tu satu kedai je I ingat, sorry faktor usia 😂
Di Pusat Kraftangan pulak ada pelbagai kedai yang menjual hasil laut seperti ikan bilis dan ikan masin, kraftangan dan baju. So kitorang membeli belah kat sini. Kena pandai pilih kedai, so dapatlah harga murah kawkaw!
Apa yg best kat Lumut Water Front? Okay di sini boleh tengok keindahan pantai dengan angin sepoi-sepoi bahasa bak hang dan dapat tengok jeti yang sibuk dengan feri dan bot nelayan. Nice view tau! Boleh ambil beratus-ratus gambar like us. Hahahahaha perangai sangat!
2. Teluk Senangin
Teluk Senangin terletak di Lumut dan tak jauh dari jeti Pulau Pangkor. I love it sebab kawasan persisiran pantai yang lapang dan pasir halus yang sesuai untuk aktiviti riang ria gembira di tepi pantai bersama yang tersayang. Ewah!
Sebenarnya I tak nak mandi pantai, tapi kena paksa huhuhu. So mandi jelah. Nak buat acano kang kena tinggal dengan driver pulak sebab melawan cakap dia. Hahaha.
Sejam lebih kitorang kat pantai ni. Siap buat module tengah laut. Main pasir bagai. Ya Allah, rindunyaaaaa!
3. Gua Tempurung
Ini aktiviti hari kedua (baca: last day). Kitorang pergi Gua Tempurung. Gua Tempurung merupakan gua batu kapur yang terletak di Gopeng, Perak. Lebih kurang 24 km dari bandar Ipoh. Terdapat kemudahan asas seperti titi dan lampu, dan kemudahan awam yang memberi keselesaan kepada pengunjung.
Di sini ada 4 kategori yang disediakan. Antaranya:
i) Tour 1-
Golden Flowstone
Ini tour yang paling senang. Perjalanan teroka gua dari main entrance hinggalah ke Platform 3, kemudian patah balik. Easy!
ii) Tour 2-
Top of The World
Tour ni mengambil masa selama 1 jam 45 minit. Berjalan dalam gua hinggalah ke Platform 5, kemudian patah balik.
iii) Tour 3-
Top of The World & Short River Adventure
Tour ni agak mencabar dan mengambil masa selama 2 jam 30 minit. Dengan ditemani Cave Ranger, kena melalui gua sejauh 1.2km bermula dari main entrance hingga ke Golden Flowstone, seterusnya melalui Top of The World, dan kemudian akan rasa pengalaman melalui underground river yang menarik dan mencabar sikit.
iv) Tour 4-
The Grand Tour
Ini tour yang paling dahsyat! Dianggarkan mengambil masa selama 3 jam 30 minit hingga 4 jam bergantung pada kelajuan berjalan dan merentas halangan. Bermula dari main entrance terus ke Golden Flowstone, sambung ke Top of The World serta melalui perjalanan menggunakan anak sungai di bawah gua. Confirm baju basah! Ada Cave Ranger yang akan menemani tau. Don't worry, enjoy the tour!
Kitorang ambil tour yang mana? Sebagai beginner yang humble, kitorang ambil tour yang paling senang. Easy game! 😂
Kitorang ditemani Cave Ranger (I tak ingat nama dia apa). Biasanya Tour 1 takde Cave Ranger. Tapi disebabkan ada one group yang ambil Tour 4 dengan Cave Ranger, so geraklah sekali bersama-sama. Masuk je dalam gua, kagum sangat dengan pemandangan gua yang indah. Subhanallah! MasyaAllah! Cave Ranger memang awesome dan hebat cerita dan tunjuk keunikan gua. Ada pelbagai ukiran semulajadi yang terbentuk seperti tongkat gua, perempuan mandi dan binatang. Woowww sangat!
4. Kellie's Castle
Kellie's Castle merupakan rumah agam lama berusia 107 tahun yang dibina oleh Kellie untuk isterinya pada 1915 sebagai lambang cinta sejatinya. Ia mempunyai 3 tingkat umpama istana dan dibina mengikut reka bentuk sebuah istana Moghul di Bandar Agra, India. Walaubagaimanapun, warga Scotland ini gagal menyiapkan rumah agam ini kerana meninggal dunia. Kisah di sebalik pembinaan Kellie's Castle ini seperti kisah pembinaan Taj Mahal yang dibina sebagai lambang cinta dan kasih sayang kepada pasangan masing-masing.
Peminat sejarah dan bangunan lama bolehlah mengunjungi istana tinggalan di Batu Gajah ini. Terdapat banyak kemudahan yang disediakan seperti ruangan parking kereta yang luas, cafe dan kedai cenderamata. Ia dibuka setiap hari dari 9 pagi hingga 6 petang.
Elok datang pada waktu pagi atau petang kerana kurang terasa bahang panas terik mentari sebahang baraan api cintamu. Kahkah! Kitorang datang pukul 11 lebih, memang panaih litlit laa ceritanya.
5. Laksa Telur Goreng Bersarang
Laksa Telur Goreng Bersarang ini boleh didapati di sebuah cafe berkonsepkan setinggan di Ipoh. Uniknya, cafe ini menggunakan barang-barang terpakai rumah untuk hiasan cafe seperti menggunakan kuali sebagai tempat cuci tangan.
Harga yang ditawarkan juga luar biasa berbanding cafe hipster yang lain. Dengan berbekalkan RM3.50, korang boleh memiliki menu istimewa iaitu Laksa Telur Goreng Bersarang. Kalau nak tambah telur, tambah RM1.20. Kalau nak tambah fish cake or fishball, tambah lagi 80 sen.
Cafe ni self service tau. Dibuka Sabtu hingga Khamis dari 12 tengahari hingga 7 petang. Cepat serbu! Sedap gila okay!
Okay done! 💝
KONKLUSI
Put love in everything we do. Love makes everything feel better.
You'll be the same year after year except for the people you meet, the books you read, the films you watch, the places you travel and the new things you do.
A new journey is always exciting. Smile and sail away!
4 kalung penghargaan dan jutaan terima kasih kepada makhluk-makhluk hambar merangkap bae(s) yang sudi mencorak dan mewarnai hari-hari saya. Terima kasih Zarith, Nunun, Aina dan Dila. Sayang korang! Alaaa penat nak cakap hari-hari 😌
Terima kasih Tuhan.
Have a great day, & happy reading!
The most clingy friend,
Gadis Kacak.