Tuesday 23 August 2016

#sweetescape

Al-Mulk: 15.

Assalamualaikum.

Yes, serius lah memang dah lama tak menulis kat sini. Sampai ada orang tegur (baca: sindir).

"Blog dah berhabuk tu. Nak vacuum tak?"

Kahkah! Wei bukan taknak menulis cuma banyak sangat halangannya. Kalau bukan masa, mungkin keadaan. Okay, alasan!

Jadi, hari ni ter-rajin nak menulis kat sini pasal #sweetescape ke Selangor. Lagi dua minggu nak balik U, aku masih sibuk dengan holiday. Ni namanya menikmati sisa-sisa cuti. Haha. Okay, aku timbulkan persoalan-persoalan ni untuk memudahkan lagi aku bercerita dan korang membaca. Jom!

Dengan siapa?
Yeay, bukan dengan awak. Sebab awak sedang sibuk membina masa depan. Okay.

Aku pergi #sweetescape ni dengan dua ketul sweethearts, Zarith dan Zainab. Lagi tiga ketul sweethearts tak dapat join. Takpe, ada masa kita pergi vacation sesama tau macam dulu tuu sampai hampir kena fitnah. Kahkah! Padiaaa ntah. Kbai.

Kenapa Selangor?
Orang kata kalau tak dapat jumpa orangnya, dapat jejak negerinya pun jadilah. Okay awak.

Pilih Selangor, sebab paling jauh ibu ayah lepaskan (baca: izinkan) ke Selangor jelah. Kalau ibu ayah lepaskan ke Kedah, mungkin dah sampai Kedah. Dan sebab kedua pilih Selangor adalah kerana hasil kesepakatan dan perbincangan bersama. Kau nak pergi holiday dengan sahabat kau, kenalah berbincang dan sepakat, barulah berkat dan enjoy the moment together. Giteww.

Bagi aku, #sweetescape ni bukan tempat yang paling utama tapi kualiti masa, dengan siapa, kepuasan dan matlamat tercapai. That's it.

Dan aku yakin setiap negeri ada keunikan dan kelebihan tersendiri. Kadang-kadang kita tak tahu pun apa yang unik, sebab tulah kena explore. Am I right? Okay, women always right. Hahaha.

List of places?
Bila aku kira ada lah dalam 12 tempat aku pergi selama 3 hari 2 malam #sweetescape ni.

HARI PERTAMA.

1. Kampung Jenjarom.
Kampung ni terletak berhampiran dengan bandar Jenjarom, dan berada dalam mukim Tanjung Dua Belas.

Aku sampai sini petang. Jadi, lepas asar macam tu Zarith bawa aku merempit ronda kampung. Yakin betul aku dengan Zarith waktu tu walaupun dia takde lesen. Jangan tiru aksi ni hahaha.

Puaslah ronda satu kampung tu. Banyak gila jalan. Jalan Kopi, Jalan Masjid, Jalan Sekolah, Jalan Haji itu, Jalan Haji ini. Jalan ke hati awak je takde lagi. Okay. Aku peninglah jugak banyak sangat jalannya tapi jalan tu semua berhubung, in case kalau sesat kau pusing-pusing je sampai jumpa jalan keluar. Kalau tak jumpa juga, guna waze jelah.

2. Restoran Juvita Seafood.
Restoran ni antara restoran yang power kat Banting. Paling special mestilah seafood. Antaranya udang masak sambal petai, ketam masak cili dan sotong goreng tepung. Tu antaranya la. Aku tak bolehlah senaraikan semua menu. Kang tak jadi entri #sweetescape, berkemungkinan jadi entri #jjcm pulak. Kalau nak tahu apa lagi yang best, bolehlah pi restoran ni.

Masa aku pergi tu ramai gila orang. Lebih riuh sebab semua layan Rio Olimpik badminton DLCW menentang Lin Dan. #sukanmenyatukanrakyat. Walaupun ramai orang, tapi servis tetap mantop. Puas hati.

3. Dataran Banting.
Dataran Banting ni terletak berhadapan dengan Hospital Banting. Kalau nak bersenam, beriadah dan mengisi masa lapang bolehlah datang sini.

Kat sini ada tempat berjoging, tempat main skateboard, tempat main roller blade dan taman permainan. Tapi masa aku datang tu, banyak kawasan yang sedang di-renovate. Termasuklah taman permainan. Sedih weh tak boleh main gelongsor. Sorry, dulu kecik-kecik tak puas main. Kahkah!

Akhirnya, aku dengan Zarith jalan-jalan je sambil cerita pasal result exam sem lepas dan berazam sem depan nak study bersungguh-sungguh. Hashtag harapnya bukan sembang.

Oh btw, ada orang cari pokemon kat sini. Saja bagitahu.

Mesti korang pelik kan mana Zainab ni, tak muncul pun? Masa kitorang pi merayap kat tiga tempat ni, Zainab tengah menangis tepi bucu katil kat rumah dia sebab terlalu rindu. Jap lagi muncul lah dia.

HARI KEDUA.

4. Sopoong Korean Food.
Sopoong Korean Food ada 4 different locations (baca: cawangan). Berjaya Times Square, Quill City Mall, IOI City Mall dan The Starling.

Untuk lunch hari kedua ni, Zainab suggest Sopoong Korean Food, IOI City Mall. #zainabdahmuncul. Kahkah!

Aku pilih Spicy Bokkeum Udon. Not bad la. Aku rasa macam join #ramenchallenge. Hahaha. Punya gigih aku nak habiskan, side dish pun aku tak makan sebab dah kenyang. Dan akhirnya tak habis sebab kuantitinya macam untuk makan tiga orang.

Kalau korang memang minat gila korean food, datanglah sini wei. Nanti nak pi, ajak aku sekali.

5. Culinary Pleasure.
Culinary Pleasure terletak di Jalan Perdana 2, Cyberjaya. Belakang DPulze Shopping Center.

Apa yang paling special kat sini? Kat sini ada makanan dari seluruh negara. Malaysia, Mexico, Perancis, Arab, Rusia, Jerman, China, etc.

Kalau first time datang sini macam kitorang, boleh minta suggestion dari waiter kat sini. Kitorang just order aiskrim sebab memang nak cari kedai aiskrim pun. Dan dan lah terjumpa restoran ni. Rezeki.

Haa in case kalau nak tanya anything pasal restoran ni pun boleh, diorang akan jawab. Contohnya, nak tanya konsep restoran, etc. Diorang akan explain in English sebab diorang tak boleh cakap Bahasa Melayu. Haritu Zainab ada tanya kenapa ada some seat yang bahagian depan tu ada curtain, then waiter tu cakap tu seat yang diorang sediakan kalau kita nak buat pape event kat sini. So korang bolehlah reserve kalau nak buat event kat sini.

Apa yang membanggakan ialah uniform waiter kat sini baju melayu. Nasib baik tak melting. Kahkah!

Kat sini memang tenang lah, mungkin sebab konsep dan keadaan restoran ni sendiri. So tunggu apa lagi, datanglah wei. Nanti nak pi, ajak aku sekali tau.

6. Masjid Raja Haji Fi Sabilillah.
Masjid Raja Haji Fi Sabilillah terletak di Persiaran Semarak Api, Cyberjaya.

Uniknya nama masjid ni diambil daripada nama seorang pahlawan bugis daripada Pulau Penyengat, Indonesia yang berjuang menentang Belanda dan memerintah Riau pada tahun 1777, Raja Haji Fi Sabilillah ibni Daeng Chelak.

Masjid ni merupakan masjid kedua terbesar di Selangor selepas Masjid Shah Alam yang boleh memuatkan 8000 jemaah.

Masjid ni merupakan masjid pertama Malaysia yang menggunakan teknologi hijau seperti kitaran semula air, panel solar, tadahan hujan dan Glass Reinforced Concrete (GRC). GRC dipasang pada kubah masjid supaya sinaran cahaya matahari dapat dipantulkan, dan mempunyai teknologi peralihan haba supaya jemaah tidak berasa bahang kepanasan ketika menunaikan solat.

Antara kemudahan yang terdapat di masjid ni ialah bilik bilal, bilik imam, bilik kelas, bilik mesyuarat, bilik urusan jenazah, pejabat urusan, tempat wuduk bagi jemaah lelaki serta perempuan dan ruangan solat terbuka di atas bumbung masjid.

Masjid ni mendapat Anugerah Platinum Indeks Bangunan Hijau (GBI) kerana binaannya terdiri daripada bahan mesra alam, menjimatkan tenaga dan kos sebanyak 30% serta membantu menjaga alam sekitar.

Haritu kitorang pi sini untuk solat Asar. Pada aku masjid ni memang menenangkan. Luas, selesa, sejuk, canggih dan mesra alam. Jomlah beriktikaf kat sini. Jangan lupa ajak aku. Hihi.

7. Astaka Morocco.
Astaka Morocco atau Moroccan Pavilion ni terletak di Presint 1, Putrajaya, dan berada dalam kawasan Taman Botani.

Bukan setakat nama, malahan landskap, binaan dan ukiran kat sini memang cantik dan menarik. Senang cakap, bolehlah acah-acah berada kat Maghribi bila datang sini.

Astaka Morocco ni merupakan replika istana Moroccan yang terdapat di Marrakesh, Morocco. Dalam Astaka Morocco ni ada bilik-bilik, ukiran dan pameran yang menggambarkan kesenian penduduk di Morocco. Cool kan? Selain itu, beberapa motif yang diaplikasikan di sekitar astaka ni merupakan inspirasi daripada tumbuh-tumbuhan.

Kitorang sampai sini petang, dan waktu tu memang ramai gila orang. Ada yang sibuk photoshoot pre-convo, photoshoot kahwin dan ada yang jalan-jalan dengan keluarga. Kitorang tak masuk pun, cuma jalan pusing-pusing je. Jadi, tak dapatlah aku nak share sangat pasal kesenian Morocco.

Kalau korang suka tengok elemen senibina bangunan dari negara lain, bolehlah datang sini!

8. Taman Botani Putrajaya.
Taman Botani Putrajaya merupakan taman botani buatan manusia terbesar di Malaysia yang mempunyai keluasan 92 hektar dan terdapat 700 spesies tumbuhan di sini termasuklah dari Afrika dan Asia Pasifik. Taman botani ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu bahagian bunga, tumbuhan perhiasan dan tempat penjagaan serta penyelidikan.

Memandangkan taman botani ni agak luas, agak mustahil untuk kitorang pusing satu taman ni memandangkan kitorang sampai sini pun dah petang sangat.

Kalau korang suka menikmati keindahan tumbuhan hijau, bolehlah datang sini untuk berjoging, beriadah atau nak luangkan masa bersama yang tersayang. Ewah.

9. Restoran Thai Tomyam Kung.
Restoran Thai Tomyam Kung ni ada dua cawangan. Satu di Presint 15, Putrajaya dan satu lagi di Ayer@8.

Hari tu aku pi makan di cawangan Ayer@8. Btw, tempat ni dicadangkan oleh Zainab. Aku memang takde idea nak makan apa, yang penting mesti ada nasi sebab seharian tak makan nasi. Boleh mengamuk wei kalau sehari tak makan nasi. Kahkah!

Setelah membelek-belek menu, akhirnya aku pilih nasi goreng tomyam kung. Superb! Tak sempat nak amik gambar, sebab aku sangat excited jumpa nasi. Nasib baik tak lupa baca doa. Hahaha.

Selain itu, kitorang ada jugak order kangkung goreng crispy. Wei serius sedap gila. Kriuk kriuk nya asli banget! Puas hati.

HARI KETIGA.

10. Tanah Perkuburan Islam, Putrajaya.
Hanya satu Tanah Perkuburan Islam yang terdapat di Putrajaya. Tanah Perkuburan Islam ni terletak di Taman Selatan dan diuruskan sepenuhnya oleh Perbadanan Putrajaya.

Okay tujuan kitorang ke sini hari tu untuk ziarah kubur arwah ayah Zainab. Walaupun #sweetescape tapi mati tu bila-bila je. Jadi, bersederhanalah.

Antara cara nak ingat mati, ziarahilah orang sakit dan ziarahilah kubur. InsyaAllah, semoga husnul khotimah untuk kita semua. Ameen.

Al-Fatihah.

11. Pullman Putrajaya Lakeside Hotel.
Pullman Putrajaya Lakeside Hotel merupakan mercu tanda baru di bandar terancang Putrajaya. Hotel ni terletak di Presint 5, Putrajaya. Dianggarkan 18 km dari KLIA, dan 20 km dari KLIA 2. Hotel ni sesuai untuk pelbagai aktiviti seperti urusan perniagaan dan bersiar-siar.

Tujuan kitorang datang sini hari tu untuk bersiar-siar sebab kawasan persekitaran hotel ni memang cantik sangat. Jatuh cinta woww!

Ada banyak kemudahan yang terdapat di hotel ni. Antaranya kolam renang ala-ala pantai buatan (serius cantik gila!), restoran, dobi, bilik permainan, karaoke, sauna dan spa. Memang superb la.

Kalau korang tercari-cari hotel yang selesa kat putrajaya, bolehlah datang sini. Confirm jatuh cinta!

12. Restoran Tuuu... Dia Pak Tam.
Restoran ni ada banyak cawangan. Antaranya di Bandar Baru Selayang, R&R Tapah, R&R Ulu Bernam, R&R Ayer Keroh, Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Putrajaya.

Hari tu aku dengan Zainab pi makan kat cawangan Hospital Putrajaya sebab tu yang paling dekat dengan kitorang. Mana Zarith? Zarith dah balik waktu tu. Kitorang lunch date berdua jelah. Sobs.

Antara sajian yang meletop kat sini ialah nasi beriani, mee rebus, roti bakar dan roti benggali tradisional yang makin pupus di pasaran. Tapi hari tu aku makan nasi berlauk, lunch time kann. Superb! Puas hati.

Jom serbu Tuuu... Dia Pak Tam!

Konklusi?
Konklusi tersirat.

Put love in everything we do. Love makes everything feel better.

The journey to understand what we want to be in life can be very tough and full of challenges, but never give up because eventually it will all just come to you -like a soulmate. And when it does, go for it. Have no regrets. And have faith.

A new journey is always exciting. Smile and sail away!

There is always something good coming around the corner.

Dua kalung penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada pillow-talk-mate merangkap sweetheart yang sudi mengerah keringat dan menadah telinga untuk saya. Terima kasih Zarith dan Zainab. Sayang kalian!

Terima kasih Tuhan.

Excuse me, but your pretty smile just made my day! Have a great day, you.

Happy reading!

And happy watching! Here's the link https://youtu.be/JDoe6ag9sPM

Yang masih mencari redha Ilahi,
GadisKacak.